Tatu Perancis "Photoshop Style".

Kebiasaannya tatu berbentuk hati, naga, corak etnik atau pun tulisan cina. Namun, pakar tatu Perancis yang bernama Xoil aka Loic menggunakan stail baru yang diberi nama "Photoshop Style".

Xoil dilahirkan di desa kecil di selatan Perancis di mana ayahnya bekerja sebagai tukang batu yang menghasilkan ciptaan dari barang buangan. Beliau mendapat inspirasi dari ciptaan ayahnya lalu membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan desa dan menghasilkan ciptaannya sendiri.

Beliau tidak pernah mendapat latihan formal dengan artis tatu tetapi menghabiskan masanya di kedai tatu mempelajari asas dan mencipta stail uniknya sendiri. Stail tatu Xoil biasanya berbentuk tekstur setem, font mesin taip dan corak geometri.

Xoil mempunyai studio tatunya di Thonon les Bains, Perancis tetapi beliau juga menghabiskan kebanyakan masanya di Amerika Syarikat di mana beliau lebih dikenali sebagai Loic.



















PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments