Pramugari Gaduh Dengan Penumpang Dalam Pesawat ( Video ).


RASANYA kalau di Malaysia, jarang sekali kita mendengar kes krew penerbangan memarahi penumpang.

Ia selari dengan polisi setiap syarikat penerbangan yang mahu krew mereka melakukan tugas dengan profesional dan sentiasa mesra terhadap pelanggan.

Namun, lain pula yang terjadi dalam pesawat milik Macau Airlines ini apabila salah seorang pramugarinya bertikam lidah dengan penumpang.

Kes yang terjadi pada tahun lalu itu dikatakan berpunca dari kemarahan penumpang apabila penerbangan pesawat itu tertangguh lebih dua jam.

Mungkin kerana geram kerana provokasi penumpang, pramugari tersebut naik angin dan mula membalas semula kata-kata lelaki tersebut.

Rakan-rakan pramugari yang lain dilihat cuba menenangkan situasi tersebut.

Hai, rasanya tak perlulah pramugari tersebut membalas provokasi penumpang kerana ia akan ‘memanaskan’ lagi situasi yang sedia ada.

Kalau tak tahan telinga, mungkin dia perlu lupakan hasratnya menjadi seorang krew penerbangan.

FLY THE WORLD WITH DISCOUNT WITH KLM AIRLINES

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments