Gambar hiasan. Singapura: Hakim mengenakan hukuman lima bulan penjara ke atas seorang bekas profesor undang-undang semalam kerana menerima tawaran seks dan hadiah daripada seorang pelajar sebagai tukaran memberi gred baik kepadanya. Kes itu adalah antara beberapa perbicaraan isu rasuah di Singapura yang mempunyai imej pentadbiran bersih. Tey Tsun Hang dipecat oleh Universiti Kebangsaan Singapura minggu lalu selepas didapati bersalah atas enam tuduhan rasuah. Hakim menyifatkan perlakuannya bercanggah dengan latar belakang defendan sebagai pegawai kanan pendidikan. Rayu hukuman Hakim Tan Siong Thye mengenakan hukuman penjara lima bulan ke atas defendan berusia 42 tahun itu dan mengarahkannya membayar denda S$514 (RM1,224). Bagaimanapun, Tey merancang untuk merayu hukuman dan dijangka bebas atas ikat jamin ketika menunggu prosiding selanjutnya. Tey dikenakan tuduhan pada Julai lalu atas dakwaan menerima tawaran seks, baju, iPod, pen mahal dan makan malam di sebuah restoran Itali daripada pelajar berusia 21 tahun itu selain menjalin hubungan intim. Pelajar itu memberitahu penyiasat, dia juga menjalani pengguguran selepas mengandung anak Tey. Tan mengkritik Tey ketika sesi hukuman dengan berkata defendan jelas mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan berbohong selepas kes terbongkar. Tey juga adalah bekas hakim yang menerima gaji tahunan S$225,000 (RM$540,000) sebagai profesor. Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah tujuh tahun dan denda S$100,000 (RM$237,000). |
PERINGATAN
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
Related Posts
Popular Posts
-
Padang Besar: Kerisauan seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuannya berakhir tragedi apabila anaknya yang berusia 16 tahun ditemui...
-
Ini lah perangai sebenar wajah tentera Amerika yang sering digembar-gemburkan sebagai sebuah pasukan tentera yang terbaik di dunia dan serin...
-
Perghhhh. Gila berserabut. Kalau awek atau bini anda macam ni bagaimana?? Hahahaha Kalau ada yang suka buat macam ni, harap boleh la ub...
-
Biasanya apabila ada perlumbaan kereta seperti Formula 1 atau GT Japan, litar perlumbaan akan dipenuhi oleh gadis-gadis litar yang cun dan...
-
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian bel...
-
Jom kita tengok artis-artis wanita Malaysia yang hot dan berani pose maut ketika penggambaran fotografi atau filem dijalankan. Paparan ...
-
Sebuah video berdurasi satu minit 49 saat telah tersebar meluas di laman sosial memaparkan seorang lelaki berketurunan India sedang menah...
-
Apa sebenarnya motif mereka ni? Perempuan melayu sekarang makin berani buat maksiat pastu dengan bangga upload di laman social. Apa kom...
-
Foto seksi artis Indonesia menjadi tontonan setiap hari. Semua stesyen televisyen seakan-akan berlumba mempertontonkan kecantikan dan kese...
-
Ape laa nak jadi dengan diorang ni. Suka agaknya apabila orang cakap betapa besarnya "asset" diorang tu. Ish ish ish. Di hara...


0 comments