Khasiat air rendaman tubuh badan wanita samalah seperti Nasi kangkang atau nasi tangas yang menjadi amalan khurafat segelintir masyarakat melayu . Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam . Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.
FIlem perempuan,isteri dan… dari malaysia telah menimbulkan kekecohan kerana telah menunjukkan aksi si isteri menghasilkan nasi ‘tangas’ atau lebih dikenali bahasa kasarnya nasi ‘kangkang’.Begitupun sejauh mana amalan sihir ini mampun menundukkan si suami atau disenangi orang sekeliling melihat si pemakainya?
Walaupun islam melarang dan mengharamkan amalan ini tetapi masih ada segelintir yang merasakan ianya berkesan lalu mengamalkannya.Dan ini juga telah melariskan bomoh bomoh juga perkara sebegini biasanya dilakukan secara senyap senyap , hanya golongan tertentu sahaja tahu perbuatan terkutuk ini.
Walaupun zaman telah berubah dengan teknologi yang semakin canggih tetapi masih ada segelintir yang mengamalkan amalan ini dan mempercayai akan keberkesannya.Biasanya si isteri melakukan amalan sebegini semata mata untuk menundukkan si suami supaya dapat mengikut segala kemahuan nya.
Dan keberkesannya amalan ini bergantung kepada hebatnya seseorang bomoh itu dan bukan hanya bergantung pada satu pihak sahaja. Walaupun ianya masih lagi wujud amalan ini tetap dilarang didalam islam.
INTRODUCING SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1
0 comments