
Kata Hanez menerusi Mstar Online:-
Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar. Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial.
Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama

Sekiranya anda membaca komen-komen di Instagram Hanez Suraya, memang tertera ratusan komen daripada manusia tidak dikenali yang mengancam dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada pelakon ini.
Sekurang-kurangnya dengan ada “bodyguard”, makin sukarlah untuk perkara yang tidak diingin berlaku. Rasa selamat sedikit apabila keluar berjalan-jalan. Memang agak leceh dan rasa tidak selesa, namun demi keselamatan, apa salahnya kan?
FIND USED AND NEW CARS AT CARLIST.MY
0 comments